Monday, March 24, 2008

Kenape saye disisihkan??

Merenungi luar tingkap kereta usang ayah...
Ramai orang berkumpul..Pintu kubuka..
wah, seronoknye mereka!!!Saya pon nak main juge..
Bila saya hampiri mereka..mereka buat muke..
Mereka tidak hiraukan saya..Bile mereka lari saya pun lari..
Tapi mereka tidak mengendahkan saya langsung, Saya cuba bertegur sapa,
tetapi hampa,
Saye pergi dekat abang.
Abang diam, melihat mereka yang riang bermain,berbual bersama..
Abang lain dari yang lain, die lebih suke menyendiri..
Saya memahami keadaan abang yg boleh dikatakan kurang sempurna berbanding rakan sebayanya.
Abang sudah lama berhenti sekolah.Ayah sibuk membanting tulang menyara kami,
Bagi kami ayahlah bapa, ayahlah ibu.
Ibu kami sudah tiada,
Ayah rancak berborak..kami pula terkulat2 melihat.
Hairan..kenape kami disisihkan??
Apa dosa kami sehingga dipinggir begini rupa..?
kami tidak pernah menyakiti hati mereka..
Ada juga yang menegur kami,tetapi, saye tahu...mereka buat begitu kerana kasihankan kami..
tetapi saya berasa gembira kerana sekurang-kurangnya , kehadiran kami disedari.
Perit sungguh rasanya bila diperlakukan begini.
Mengape kami tidak diberi peluang dan ruang untuk menjadi sebahagian daripada mereka?
Tidak layakkah kami untuk bergaul dan hidup seperti mereka yang sempurna?
Oh Tuhan, tabahkan hati kami menerima dugaanMu ini
Ayah mengajak kami pulang..PIntu kereta ditutup.
Enjin kereta menderu , kami berlalu pergi.,
Saya melambai mereka namun ..lambaian yang diberikan tidak bersambut...

.

0 comments: