Wednesday, May 27, 2009

MiZu

Hurm..Barca menang pagi td, tahniah~
Rutin harian yang biasa dibuat:
1. bile bangun pagi, wajib ke tandas untuk cuci muka dan segala yang sepatutnya dilakukan ..x perlu dinyatakan di sini.
2.Gosok gigi, cuci muka dan mandi(untuk mendapatkan kesegaran)
Point nombor 2 nih, Teh nak ulas sedikit,sempena tiba2 mendapat kesedaran
"PEMANASAN GLOBAL" dan juga semangat "BERJIMAT CERMAT"..
Yes, ia berkaitan dengan pembaziran air...
-Biasanya, Teh biarkan sahaje air paip mengalir semasa menggosok gigi atau mencuci muka dekat sinki..Wah, sangat membazir~
-Semasa mandi, memang tak tutup shower walaupun semasa bersabun.. membazirkan..
-Semasa cuci baju- biar sahaje air mengalir berliter-liter walaupun tengah menyental kain2 yang terlibat..
-Ambil wudhu- ambil dengan kuantiti yang banyak..sampai tepercik2 air kat sister sebelah time ambil wudhu di surau..
itu antara pembaziran yang biase Teh lakukan..Adoi, bila terpandang iklan di dinding toilet yang berbunyi,"Hargailah air".Agak terpana juga la macam kene panah cam dalam kartun Jepun tuh. Walaupun pendek, tapi cukup untuk memberi maklumat.
Huhuhu.. bila x de air.. nak ambil wudhu pun sangat kedekut air jadinye.
Kesimpulannya di sini, Teh rase, pembaziran berlaku apabila kita berada di zon selesa , yang mana , semua yang diperlukan ada di depan mata..Jadi kita macam kurang menghargainya. Bila hilang atau kekurangan sesuatu yang diperlukan atau diinginkan, barulah kita terhegeh2 nak mencari atau menggunakannya secara bijak..
Betul x?

2 comments:

Anonymous said...

good post teh, mari same-same jimat air

Izyan Ilyana said...

owh..huhu tq sis