Wednesday, May 13, 2009

Misi:menyelamatkan Kiki!

Kura2 teh yang bernama Kiki sudah 2 minggu tidak aktif.Makan x lalu , Berenang x bergerak.. Asyik tido je dan selalu ternganga. Sungguh merisaukan.Bahagian leher kiki juga bertambah besar. Lili pula tidak aktif seperti selalu.Duduk bawah jambatan merah.

Hurm..
kelmarin, teh mengambil keputusan:ponteng kelas, bawa kiki ke klinik.
Teh telefon kelinik yang berkenaan, malangnya, tiada perkhidmatan untuk Herps.Dr itu memberi nombor Dr S Vellayan kepada Teh. Dengan bersemangat , Teh menelefon DR tersebut..Dan terjadilah temu janji Kiki dengan Dr itu. Sangat gembira. Terus Teh pergi kelas. Walaupun lewat 30 mins, Teh masuk dengan selamba. hehehe..

Seterusnya, mencari kereta sewa dan rakan meneman,sebab temu janji nya malam hari.
Curiga gak, biar betul, temu janji malam2 , dekat rumah pula!
Akhirnya, kereta dapat dan rakan meneman pun dapat.
Rakan2: A'an dan Najah
Kereta: Viva putih
Malam itu jam 9 kami bertolak. A'an bawa kereta, Teh pegang Kura2.Najah di belakang.
Ala2 Wonderpets kan??

Kami tersesat sekejap. Berjaya ke tempat yang dituju.. Di Rumah Dr S Vellayan(google name die kat internet ,mesti ada)Dr S vellayan memulakan tugasnye. Kami melihat dan mencatat nota , Dr Vellayan suruh. Yup, nota penjagaan dan rawatan.
Kiki n Lili direndamkan ke dalam air berisi Pottasium Permanganate (ejaan x pasti)
Mereka berenang dengan gembira. X lama kemudian, kuman dan bakteria kelihatan..
Uh oh. Kasihan, banyak rupanya. Dr mengeluarkan nanah dari leher Kiki dan Kiki kelihatan sgt sakit:(
Kemudian, antibiotik dan kalsium diberi.
Kami pulang dgn beberapa buah tangan dari dr, gula2 Nicolet,pamplet penjagaan haiwan eksotik,serta ubat-ubatan untuk Kiki dan Lili.
Temu janji seterusnya, minggu hadapan~
Semoga Kiki cepat sembuh dan Lili sihat selalu.
Terima kasih banyak2 kepada A'an dan Najah yang sanggup meneman dan membantu~:)

0 comments: