Tuesday, April 10, 2007

Dari kaca mata seorang cucu..


Well, i'm switching da language as my English is not very well..need to learn n practise more after this..

kay..this time , i think its a bit gramatist as suddenly, d idea is here..


Tatkala mata terbuka, kulihat dunia sudahpun terang dibasahi limpahan cahaya sang mentari,

Ibu sibuk menyiapkan adik2 ke sekolah, sedangkan diri ini masih bergelumang dengan kehangatan gebar.(kes malas)Ayah, kembara mencari nafkah..

atuk dan nenek, menikmati hidangan pagi sementara menanti kehadiran seseorang,

Sampai waktunya,atuk dibawa ke Hospital untuk menerima rawatan.Senyuman tawar atuk sudah cukup untuk menggambarkan betapa peritnya kesakitan yg dialami .Nenek kulihat menanti dengan penuh pengharapan, semoga atuk pulih dari kesakitan itu.kesuraman datang bertandang, kuajak nenek berbicara.Perihal atuk diceritakan..kini kumengerti isi hati seorang isteri...pilu tatkala suaminya bertarung dengan penyakit.

Kepulangan atuk disambut dengan wajah ceria.Atuk dipapah masuk , berehat di kerusi malas. gembira sungguh atuk di depan anak2nya.pabila tinggal kami bertiga, atuk berubah wajah..penuh kerutan menandakan kesakitan yg amat. pain killer dtelan, nenek membantu..

memapah atuk ke bilik air..tongkat seolah2 tidak membantu..selera atuk berkurang..risaunya ayah,ibu dan nenek bukan kepalang..menjelang malam...ku temani atuk di ruang tamu..atuk x boleh baring..katanya sakit, terpaksa tidur di sofa ..kasihan atuk, terbongkok2 sambil mengaduh sakit sewaktu dipapah ke bilik air.tidur pon ..tidur ayam...batuk atuk juga makin teruk , x tahan telinga mendengar..esoknya, atuk ke hospital lagi , ditemani anaknya yg bongsu..ibu saudara datang menjengah, tanda kasih dan bimbangnya akan atuk..atuk duduk,smbil melihat anak2 dan cucu dengan renungan yang penuh bermakna..atuk enggan jalani pembedahan, katanya, dia boleh tahan, dan kakinya akan baik x lama lagi, kami hanya diam..tahu, atuk sekadar mahu hiburkan hati kami..atuk2..

suatu petang , pakcik membelikan atuk tongkat baru, ibu pl membeli ubatan herba,dengan harapan atuk akan sembuh, kulihat mata atuk berair..atuk..menangis....kami biarkan sahaja..

kami x putus mendoakan agar atuk cepat sembuh..

di sini, kulihat ...

sayangnya anak kepada orang tuanya..

cinta seorang isteri kepada suaminya...

kasih seorang bapa kepada keluarganya..




0 comments: